Cara Besarkan Payudara Semula Jadi, Tak Perlu Ubat Atau Krim





Kali ni saya nak berikan cara besarkan payudara secara semula jadi, tanpa perlu makan ubat, atau menyapu sebarang krim.
Benarkah semua wanita mengimpikan memiliki payudara besar? Mungkin tidak semua, tetapi boleh dikatakan kebanyakan wanita ingin memiliki payudara atau buah dada besar.
Faktor ini sering dikaitkan dengan payudara besar kelihatan lebih seksi di mata lelaki. Ini ada benarnya, dan ada yang tidak benar.

Lelaki Gemar Wanita Dengan Payudara Besar?

Memang benar kebanyakan lelaki lebih gemar wanita dengan payudara besar. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna wanita dengan payudara kecil tidak kelihatan seksi di mata lelaki.
Cita rasa setiap individu adalah berbeza, begitu juga ‘taste’ kaum lelaki terhadap payudara wanita.
Ada lelaki yang gemar wanita dengan payudara besar, dan sebaliknya.
Seringkali fakta lelaki gemar wanita dengan payudara besar disogok oleh industri porno dan media massa. Begitu juga dengan industri ubat-ubatan dan makanan tambahan yang ingin menjual produk mereka kepada para wanita yang cetek ilmu berhubung perkara ini.
Oleh itu sebenarnya fakta lelaki lebih gemar wanita dengan buah dada besar adalah tidak boleh diguna pakai 100%.
Apa yang penting bukannya saiz payudara besar atau kecil, tetapi payudara yang sihat, pejal dan montok, tidak kira saiz.

Cara besarkan payudara
Payudara yang cantik tidak semestinya bersaiz besar

Apa Yang Mempengaruhi Saiz Payudara?

Saiz payudara sebenarnya dipengaruhi oleh dua faktor utama, iaitu genetik dan hormon. Faktor genetik seperti yang anda ketahui adalah bergantung kepada gen yang diwarisi daripada ibu bapa. Seringkali faktor ini memainkan peranan dalam menentukan saiz payudara wanita.
Walau bagaimanapun, faktor ke dua iaitu hormon juga memainkan peranan yang tidak kurang penting.
Hormon yang mempengaruhi saiz payudara wanita dikenali sebagai hormon Estrogen. Hormon ini adalah hormon utama untuk semua wanita. Hormon inilah yang membuat seseorang wanita kelihatan lebih feminin.
Hormon Estrogen juga wujud pada lelaki dengan kuantiti yang sedikit. Lelaki yang mempunyai kandungan hormon Estrogen yang tinggi kelihatan lebih feminin. Oleh kerana itu, hormon ini sering diambil oleh lelaki yang ingin kelihatan seperti wanita 😉
Hormon Estrogen dan pembesaran payudara memainkan peranan ketika wanita mengalami akil baligh. Kajian yang dilakukan terhadap pengaruh hormon Estrogen dan pembesaran payudara ketika wanita akil baligh mendapati wanita yang mengalami peringkat akil baligh yang singkat mempunyai payudara kecil berbanding wanita dengan peringkat akil baligh yang panjang.
Ini kerana hormon Estrogen ini begitu aktif ketika peringkat akil baligh wanita, sekali gus mempengaruhi ciri-ciri kewanitaan seseorang individu, seperti kehalusan kulit dan bentuk tubuh, termasuk payudara.
Apabila peringkat akil baligh seseorang wanita berhenti, kandungan hormon Estrogen akan berkurang. Ini menyebabkan pembesaran dan pembentukan payudara juga berkurang.
Tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh membantu meningkatkan hormon Estrogen dalam tubuh untuk membantu.

Cara Besarkan Payudara Supaya Kelihatan Montok

Walaupun tajuk tip kali ini ialah cara besarkan payudara, tetapi lebih kepada bagaimana nak menjadikan payudara anda sihat supaya lebih pejal dan montok, sekali gus memberi penampilan anda memiliki payudara yang besar.
Ini adalah helah mudah yang perlu setiap isteri amalkan supaya mereka akan kelihatan lebih menarik…CLICK TO TWEET
Terdapat beberapa tip mudah yang boleh anda amalkan sebagai cara besarkan payudara secara semula jadi. Tip-tip ini mudah diamalkan dan tidak memerlukan belanja yang tinggi.
Apa yang perlu ialah luangkan sedikit masa anda untuk mengamalkan tip-tip ini supaya payudara anda lebih pejal dan montok.

Senaman Besarkan Payudara

Bersenam adalah cara paling mudah untuk membuat payudara lebih sihat dan pejal. Jika anda masih tak tau, bahagian dada anda terdiri daripada otot-otot yang berkait rapat dengan struktur payudara.
Otot-otot dada ini boleh dilatih supaya lebih besar dan pejal. Ini akan memainkan peranan dalam mempengaruhi penampilan payudara.
Wanita dengan otot dada yang pejal akan kelihatan berdada bidang, berbadan tegak dengan postur badan yang cantik. Ini secara tidak langsung membuat payudara kelihatan menonjol dan cantik.
Senaman yang paling mudah untuk melatih otot dada adalah tekan tubi atau “Push Up”. Senaman tekan tubi akan membuat otot dada lebih besar dan lebar. Senaman ini juga akan mengangkat payudara anda dan membuat payudara lebih ‘tajam’.
Senaman kardiovaskular juga boleh membantu mencantikkan payudara. Senaman kardiovaskular seperti senamrobik, berenang dan berjoging akan melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh, termasuk payudara.
Atau jika anda gemar menari, boleh sahaja anda menari sebagai alternatif kepada senaman kardiovaskular. Menari akan memberi manfaat kepada tubuh sama seperti senaman kardiovaskular yang saya sebutkan sebelum ini.
Aktiviti-aktiviti kardiovaskular ini akan membuat payudara lebih tegang sekali gus mengelakkan masalah payudara kendur yang dialami kebanyakan wanita dengan meningkatnya usia. Payudara juga akan kelihatan kemerah-merahan dan lebih cantik di mata suami.
Cuma pastikan anda memakai bra sukan(sport bra) ketika melakukan aktiviti-aktiviti ini untuk menjaga bentuk payudara.
Aktiviti Yoga juga sangat baik untuk mencantikkan tubuh wanita secara keseluruhan, terutama bahagian payudara dan punggung. Yoga akan membaiki postur tubuh, sekali gus menjadikan badan anda lebih melentik dan seksi.

Makanan Besarkan Payudara

Ramai wanita yang membelanjakan wang yang banyak untuk makanan tambahan besarkan payudara. Tidak dapat dinafikan supplement atau makanan tambahan ini berkesan untuk membantu besarkan payudara.
Tetapi kenapa anda perlu berbelanja lebih untuk makanan tambahan ini sedangkan terdapat makanan semula jadi yang boleh membuat payudara anda pejal dan mantap.
Sebenarnya terdapat banyak makanan semula jadi yang telah terbukti boleh membuat payudara lebih sihat, gebu dan pejal.
Makanan-makanan ini mempunyai kandungan Estrogen yang tinggi dan bukan sahaja boleh mencantikkan payudara, tetapi juga dapat mencantikkan kulit dan meningkatkan ciri-ciri feminin pada diri anda.
Susu adalah salah satu makanan yang tergolong di dalam kategori ini. Susu lembu, dan susu soya mengandungi kandungan Estrogen yang tinggi, terutama produk berasaskan Soya.
Lelaki sebenarnya tak elok mengambil produk berasaskan soya dengan berlebihan, ini akan meningkatkan ciri-ciri wanita pada kaum lelaki.
Minum susu dengan teratur dan saya jamin anda akan melihat perubahan ketara pada tubuh anda.
Rempah-rempah asli juga sebenarnya sangat bagus untuk kesihatan payudara, dan tubuh wanita secara keseluruhan. Rempah ratus seperti kunyit, lada, cengkih dan Oregano telah dibuktikan boleh meningkatkan kesihatan wanita.
Jadi selepas ini banyakkan rempah-rempah ini dalam masakan anda untuk membuat anda kelihatan lebih seksi.
Terdapat juga makanan-makanan yang perlu anda elakkan atau kurangkan pengambilannya. Makanan-makanan ini akan memberi kesan secara langsung kepada kesihatan payudara. Makanan-makanan yang saya maksudkan ialah minuman bersoda, kopi dan minuman beralkohol.
Bukan bermaksud tidak boleh langsung, Cuma kurangkan pengambilan makanan-makanan ini.

Urutan Besarkan Payudara

Selain bersenam dan mengambil makanan semula jadi untuk besarkan payudara, mengurut payudara juga adalah salah satu teknik berkesan untuk mencantikkan payudara.
Urutan besarkan payudara ini sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang panjang. Berikut saya berikan beberapa teknik mengurut payudara yang boleh anda amalkan:
Cara Urut Payudara 1
  1. Gosok kedua-dua tangan dengan laju untuk memanaskan tapak tangan.
  2. Letak satu tangan pada bahagian atas payudara dan sebelah tangan lagi pada bahagian bawah payudara.
  3. Lakukan gerakan ke kiri dan ke kanan dengan songsang. Jika tangan yang berada di atas bergerak ke kanan, tangan yang berada di bawah bergerak ke kiri.
  4. Ulang beberapa kali selama 2 minit.
  5. Lakukan pada payudara sebelah lagi.
Cara Urut Payudara 2
  1. Gosok kedua-dua tangan dengan laju untuk memanaskan tapak tangan.
  2. Dengan sebelah tangan, pegang bahagian bawah payudara dan angkat ke atas.
  3. Letakkan tangan sebelah lagi pada bahagian luar payudara dan tarik payudara ke tengah.
  4. Ulangi selama 2 minit
  5. Lakukan pada payudara sebelah lagi.
Cara Urut Payudara 3
  1. Gosok kedua-dua tangan dengan laju untuk memanaskan tapak tangan.
  2. Pegang payudara dengan kedua-dua tangan.
  3. Goncang payudara dengan lembut selama 30 saat.
  4. Lakukan pada payudara sebelah lagi.
Cara mengurut payudara yang saya berikan di atas akan membantu merangsang tisu-tisu payudara dan melancarkan perjalanan darah ke payudara. Ini secara tidak langsung akan membuat payudara menjadi segar. Urutan juga adalah salah satu cara tegangkan payudara yang berkesan.
Cara besarkan payudara dengan mengurut ini tidak memerlukan masa yang lama. Anda boleh lakukan teknik urutan payudara ini pada waktu pagi, atau sebelum tidur.
Selain melakukan teknik urutan payudara ini sendiri, anda juga boleh meminta suami melakukannya. Terdapat teknik mengurut payudara yang boleh dilakukan oleh para suami kepada isteri mereka untuk membantu mencantikkan payudara isteri.
Teknik-teknik urutan payudara oleh suami ini bukan sahaja boleh mencantikkan payudara isteri, tetapi amat sesuai digunakan ketika foreplay atau pemanasan dalam hubungan seks.

Amalkan!

Ramai isteri yang menganggap cara besarkan payudara remeh lalu malas untuk melakukannya. Alasan yang diberikan ialah tidak ada masa, atau terlalu sibuk dengan aktiviti lain sehingga mengabaikan penarik tubuh yang satu ni.
Jangan begitu. Payudara adalah satu daya penarik pada tubuh anda. Selain berfungsi sebagai organ rangsangan seks, payudara yang sihat boleh membuat anda kelihatan lebih seksi dan memikat di mata suami.
Jadi amalkan tip dan petua cara besarkan payudara yang saya berikan ini. Jangan setakat baca sahaja. Ilmu tanpa amal amat merugikan.

Cara Besarkan Payudara Semula Jadi, Tak Perlu Ubat Atau Krim Cara Besarkan Payudara Semula Jadi, Tak Perlu Ubat Atau Krim Reviewed by Unknown on 3:52:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.