KARIER PEMAIN MALAYSIA BERNILAI RM1 JUTA MUSNAH KERANA PEMAIN MANCHESTER UNITED

azrul_rizal-hashim-1024x768



KARIER PEMAIN MALAYSIA BERNILAI RM1 JUTA MUSNAH KERANA PEMAIN MANCHESTER UNITED


Comments Off on Karier Pemain Malaysia Bernilai RM1 juta Musnah Kerana Pemain Manchester United
azrul_rizal-hashim-1024x768
Peminat bola sepak Malaysia zaman sekarang mungkin tidak mengenali dan tidak pernah mendengar nama Azrul Amri Burhan. Di zamannya dia ialah seorang pemain muda yang berbakat dan mempunyai potensi besar dalam bola sepak.
Cloude Le Roy, bekas jurulatih Malaysia pernah melabelkan Azrul sebagai pemain bernilai RM1 juta.
Pemain kelahiran Tapah, Perak ini ialah seorang pemain tengah yang berbakat di era 90-an. Dia pernah mewakili Kuala Lumpur (1994-1996), Perak (1996-2001), TNB Kelantan (2002) (2004-2005), dan Negeri Sembilan (2003-2004). Azrul juga pernah mewakili skuad Olimpik Malaysia (1992-1995) dan juga skuad futsal Malaysia (1996).
olimpik95_malaysia
Pada tahun 1995, Skuad Olimpik Malaysia telah menyertai satu kejohanan bola sepak antarabangsa Perancis, Toulon Tournament Tournoi Espoirs de Toulon, ianya hasil usaha bekas jurulatih Malaysia ketika itu Cloude Le Roy dengan Persatuan Bola Sepak Perancis (FFA)
Espoir de Toulon ialah satu kejohanan jemputan yang menjemput banyak pasukan kebangsaan B-20. Kejohanan ini juga telah banyak melahirkan pemain-pemain berbakat dunia seperti Maradona, Alan Shearer, Rui Costa, Juan Riquelme, David Beckham, Phil Neville, Gary Neville, Robert Pires, Pablo Aimar dan ramai lagi.
Tournoi Espoirs de Toulon 1995_blog
Dalam edisi 1995 ini, Malaysia telah di undi dalam kumpulan B bersama-sama dengan Brazil, England dan Angola.
Dalam perlawanan pertama bertemu Angola, Malaysia kalah 0-3. Perlawanan kedua pula Malaysia bertemu England dan tewas 0-2.
Tournoi Espoirs de Toulon 1995_engVSmas_blog
Dalam perlawanan kedua menentang England, Azrul telah bermain dengan baik. Kawalan di bahagian tengah yang mantap, kreatif dan tenang membuatkan England cemas. Melihatkan keadaan ini, England mula bermain secara keras. Azrul telah ditacklekeras oleh pertahanan England Gary dan Phill Neville. Dia mengalami kecederaan serius di bahagian lutut.
Dalam perlawan terakhir Malaysia bertemu Brazil. Tiada harapan besar diletakkan kerana telah tewas 2 perlawanan pertama. Tetapi pemain Malaysia bermain dengan penuh semangat walaupun tanpa Azrul. Keputusannya Malaysia 0-3 kepada Brazil.
Walaupun kami tewas 0 2 dengan Brazil, banyak yang kami belajar daripada pasukan ini. Setiap pemain mempunyai skill dan teknik individu yang tinggi. Dari segi aspek technical permainan pula, ketika menyerang mereka bergerak dengan satu unit dan penuh kesabaran. Apabila mereka sampai sahaja di luar kawasan petak penalty mereka begitu pantas berlari untuk mengelirukan pihak lawan. Ini yang dapat kami belajar daripada pemain Brazil
Hasnizam Uzir
Kejohanan edisi 1995 itu telah dimenangi oleh Brazil selepas menewaskan Perancis di final dengan keputusan 1-0.
Dalam kejohanan tersebut, selepas Malaysia bertemu Angola, Azrul telah didatangi oleh lagenda PerancisMichel Platini, menawarkan kepadanya untuk menyertai kelab utama liga, Perancis Montpellier FC. Dikhabarkan kelab tersebut bersedia untuk membayar Rm1 juta.
Sayangnya selepas kecederaan teruk yang dialami Azrul, prestasinya telah menurun. Sentuhan dan teknik permainan tidak lagi seperti dulu. Maka, hilanglag seorang pemain Malaysia yang berbakat besar.
//Sumber :akubekasplayer.blogspot.my,skrapbola.blogspot.my,rizalhashim.blogspot.my,en.wikipedia.org
Sumber: beritapsiko
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
KARIER PEMAIN MALAYSIA BERNILAI RM1 JUTA MUSNAH KERANA PEMAIN MANCHESTER UNITED  KARIER PEMAIN MALAYSIA BERNILAI RM1 JUTA MUSNAH KERANA PEMAIN MANCHESTER UNITED Reviewed by Unknown on 7:02:00 PG Rating: 5
Dikuasakan oleh Blogger.